Friday, January 18, 2013

King Of Fruit



Sebut pasal Durian...semua kenalkan  buah ini..King Of Fruit atau Raja segala Buah....

 

Ku pun suka tapi suka kalau buat bubur tapi kalau makan begitu...tak berapa suka...baunya yang kuat...serta warna dan rasanya yang lemak...

Pokoknya amat tinggi dan kulit buah ini berduri, kalau ia jatuh terkena kepala kita sudah pasti kita Innalilah nya...hehehe...

 

Isi buah ini boleh dibuat kek serta kuih...serta macam-macam lagi....

Di Singapura masih terdapat pokok serta buah nya dan buah ini ada musim-musimnya....

Saya suka melihat orang-orang atau pelancong memakannya di kawasan geylang road.. Disana anda boleh melihat mereka makan dan duduk ditepi kedai jual buah yang ada meja dan kerusi disediakan....Asyiknyaaa...!

Saya beli buah ini dan saya buatkan PENGAT untuk ahli-ahli dirumah ini...-)


Saya behenti disini dahulu...sampai kita jumpa lagi dilain entri...

 

Sekian

Makanan Orang India..Yummy..!

Idli...

Makanan orang India yang ku gemari selain Roti prata...

ia diperbuat dari Tepung beras dan dimakan dengan sambalpedas, sambal kelapaputih serta kuah dal.

Idli ini permukaan nya lembut dan ia amat mengenyang kan...

dan ia dijual secara 3keping dan berharga $2.00 dollar.

Cakap pasal idli ini, ku amat suka diTuas lot carpark, sedap idli nya cuma ia tidak mempunyai sambal kelapa putih aje...

Dalam cuaca sejuk begini memang enak kalau makan dan minum bersama kopi-0...





Sekian Coleteh ku pasal makanan India.. :-)

Sejuk dan Dingin...

Alhamdulilah...

 

Sungguh kerana hari ini amat sejuk, dan hujan tidak berhenti dari malam tadi...Bumi Allah pasti merasa sejuk dan dinginnya cuaca yang ku rasakan...

Allah yang menginginkan keadaan sejuk atau panas, dan ku hanya dapat bersyukur kerana sedikit sebanyak ku suuka dengan cuaca begini...hehehe...:-)

 

Alhamdulilah....Diatas Rahmat Mu yang manusia tidak mampu mencipta nya...:-)

 

Sekian